Gamelan bErtepUk tangaN

Archive/RSS

Gamelan bErtepUk tangaN "Menari jari-jemari dikalangan kalam-kalam yang bersimpul siulan"

sulam

As Salam,

Manusia sentiasa mengiginkan keinginan diluar kemahuan..Mahu tapi xtahu. tahu tapi tak mahu, sentiasa buat-buat ambil tahu, atau tahu tapi sengaja mancuit bahu.

Sulam kata terpa bahasa menyapa salam. Semua insan berkhilafkan insan. Meraba gelap mencari surah. Surah-surah dibaca tanda tahu. Tapi lupa pada yang dicuit bahu.

Serkap insan inginkan jua kedamaian, kedamaian yang tidak difahami. Tidak difahami insan yg hakiki..berdiri di sisi mencuit bahu si mati..si hidup merasa ingin mati, menahan sakit azali. Sulaman mu indah di sisi tapi perit dihati..patik hamba menaangisi di setiap lurah2 sulam berbenang emas bertali kapas berulit sendiri..makin diulit sulam menyakit hati.

Tinta sulam jangan dijerut..padahnya patik merasa..sulam mu biar indah, seindah bahasa. kerana yang indah itu bahasa, yang sakit itu jiwa.

sulam..

may Allah bless all of you; full of love

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibubapa , ibunya yang mengandungkannya dengan bersusah payah dan melahirkannya pula dengan keadaan bersusah payah. Mengandungkannya sampai lahir dan merangkak ialah selama tiga puluh bulan, sehingga apabila dianya dewasa dan umurnya mencapai empat puluh tahun maka diapun berdoa: “ Wahai tuhanku,tunjukilah aku supaya mensyukuri nikmat engkau yang telah engkau berikan kepada aku dan kepada kedua ibubapa ku supaya aku dapat membuat amal yang soleh yang engkau redhai. Berikanlah kebaikan kepada aku dengan memberikan kesolehan kepada keturunanku dan sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku termasukorang-orang yang berserah diri.”   

- Al-Ahqaf : 15

Ketuanan Melayu siapa?


Tidak jelas dan kabur mengapa isu menghunus keris terbangkit dan menjadi isu untuk memohon maaf?
Mengapa?
Kenapa takut pada keris Melayu? Itu hanya lambang simbolik bagi Melayu dalam menunjukkan keperkasaan bangsanya.
Salahkah?
Mengapa harus memohon maaf jikalau keris pusaka Melayu dihunus pada orang Melayu dalam perhimpunan bangsa Melayu. Sehinggakan pemimipin Melayu sanggup memohon maaf dan membuang keris pusaka yang tiada apa kuasa di era ini. Pengecut! Baru ditegur, bukan dihunus diajak bertarung.. Andai tidak mampu bertarung pertahankanlah perilaku yang dah berlaku kerana kamu itu pemimpin Melayu. Memalukan..satu yang berperilaku begitu, andai semua pengecut, usah jadi pemimpin, usah bercakap pandai untuk bangsa dan agama. 

Kenapa?
Bangsa Melayu tak akan hilang didunia tapi sedarlah hak-hak ketuanan Melayu jika tidak dilindungi akan hapus di muka dunia. Dilipat sejarah tanpa dibuka-buka. Melayu hanya akan megah dengan ketuanan barat yang keparat. Jangan jadi pengecut kalau jadi pemimpin..bukan nk menagungkan bangsa lebih dari agama tapi sekadar berbicara soal bangsa dalam agama..kita dicipta berbangsa-bangsa, keluh perit hunus bunuh untuk apa??

Sukar untuk berbicara hal bangsa, sebab itu mesti dibicara soal agama yang bisa menyatukan seluruh bangsa. Mudahkan begitu? Namun, di Malaysia punyai banyak parti politik yang mewakili bangsa. Semestinya bangsa Melayu juga harus punyai parti untuk imbangi dan mewakili bangsa asal tanah Melayu dan memenangkan hak-hak Melayu dan Agama Islam di tanah air sendiri.
Ini hanya benak coret fikiranku kerana sayangkan agama, bangsa, dan tanah air ku.
ayep;cerita-cerita bergamelan;cerita-cerita indah

“jangan buat perkara yang diri sendiri tak suka pada orng lain”
“suke menyempil pasal org bila sempil diri tidak diketahui org”
“sedap yer ko menyempil shial..mulut ko macam shial”
“ikut suke ko,ko dah besar’
“ko mmg shial,nk ak yg cakap ke nk ko mngaku sendiri ko tu shial?”

sendiri-sendiri