Gamelan bErtepUk tangaN

Archive/RSS

Gamelan bErtepUk tangaN "Menari jari-jemari dikalangan kalam-kalam yang bersimpul siulan"

Menjalani Hidup atau Menikmati Hidup

Dunia..

Pada tarian si hidup,

Alam pemisahan antara yang hidup dan yang mati,

Alam mencorak peribadi pada yang mati,

Alam menangisi kehidupan si mati,

Si mati?

Alam penyesalan andai diri melupa hari Abadi,

Alam kepuasan andai diri mencintai Pencipta Yang Abadi,

Alam ketandusan andai diri tidak menyelongkar kekayaan Abadi

Penuhkah tempayan apabila yang dicedok itu Hidup?

Menjalani hidup seupaya mugkin andai badan dan nyawa belum dilerai?

Hidup-hidup apa yang diceduk untuk penuhi tempayan dan sisip-sisipnya?

Agar sisip-sisip tempayan penuh dan tidak melimpah Bazir Hidup..

Dengkil?

Andai penuh setempayan dengan hidup, masih dengkil?

Dengkil dengan insan bernama polan beranakkan si polan?

Sahaya diri menjurus tali kehidupan di dunia..

Adakah si pemenuh tempayan menjalani atau menikmati?

Menjalani tempayan?

Menikmati tempayan?

Andai si pemenuh menjalani,

Dia akan membina beribu-ribu tempayan untuk menjalani hidup.

Andai si pemenuh menikmati,

Dia akan memelihara beribu-ribu tempayan untuk menikmati hidup.

Membanting keringat, menjerih peluh untuk menjalani sekelumit hidup..

Menjalani hidup sehidupnya jangan dibiar jerih peluh membiak lumut..

Kelak banting keringat si pemenuh membuang lumut lebih berpeluh dari mendapatkan sekelumit hidup.

Tandus..

Secupak benih yang ditabur ke tanah tandus oleh si pemenuh untuk menikmati hidup,

Si pemenuh masih boleh hidup kerna tanah,alam dan segala-galanya milik Maha Esa,

Yang Maha Esa punya kuasa, setandus mana bumi di padang pasir kelak menjadi.

Yang benar, si pemenuh menikamati hidupnya, tidak mengejar yang sia-sia.

Sia-sia bagaimana?

Benar..yang sia-sia perlu untuk si pemenuh-pemenuh menikmati hidup,

Menikmati setakat mana? Cukup nikmat melihat si polan dan si polan tersenyum,memuji,menepuk-nepuk sisipan belakang,mengangguk tanda iya atau sekadar menyatakan “OK”?

Si pemenuh menjalani hidup tanpa menikmati hari-hari meninggalkan pergi?

Nikmat apakah sangat andai diri dihias tidak seindah rupa?

Memuaskan hati si polan dan si polan dan nikmat kepuasan sebagai hamba Pencipta dibiarkan dinikmati di penghujung hari..

Di penghujung hari menunggu mati..Insan-insan mengelilingi untuk bersimpati, bukan untuk memuji lagi..

Setelah pergi meninggalkan Yang Hakiki, diri si pemenuh diangkat menjulang tinggi, dipuji-puji kerana kejayaan diri, ditaburi tarian-tarian nyayian penuh warna sangsi.

Yang mati hanya pergi dan muncul si pemenuh tempayan dunia baru lagi, untuk apa?

Untuk menjalani hidup seperti si mati agar terus ada penganti yang bakal dipuji dan berterusanlah hidup ini kecewa kerna tidak pernah menikmati Kekuasaan dan keindahan Illahi..

Sekelumat untuk yang memahami erti menikmati dari menjalani..

Bukan untuk dikumat-kumit di jaja ke hati,

Tapi untuk dinikmati..

Nikmati nikmat kurnian Yang Hakiki..