Gamelan bErtepUk tangaN
Archive/RSS
q0rban=senang
Senang=korban. Apa ada pada korban?
Pernah ko berkorban?berapa ekor lembu yang ko tumbangkan? Kalo lembu org yang ko tumbangkan, tu lebih tepat didefinasikan tlg orang korban lembu..
soal.
adA apa pada korban?
ada tuntutan agama? kalau kau ada 10 ekor lembu, 5 daripadanya kau korbankan..yang tinggal cuma 5 ekor lembu..tapi kalo lembu tu kau pelihara bagi makan n beranak pinak, lembu kau tentu dah jadi lebih dari 10 ekor, ntah2 ko boleh buat eksport import lembu baka ko,leh wat jenama susu lembu ko, ko da kilang buat mentega susu lembu,ko hidup senang sebab x korbankan lembu… untungkan dunia?..
Tapi kenapa manusia beragama melaksanakan tuntutan ni walaupon pada hakikat dunianya manusia rugi?
Sebab manusia yang beragama nampak keuntungan di akhirat. Hari ini manusia yang beragama menumbangkan walau seekor lembu sekalipon, dia mendapat seribu nikmat untuk rase senang di akhirat..
manusia beragama yang fakir dapat menjamah dari kekayaan dan pengorbanan si dermawan, si dermawan mendapat keuntungan berlipat kali ganda untuk alam kekal yang terjamin..
Senang cerita, kalau nk dapatkan sesuatu,kau kena korbankan yang lain..dan agama telah mengajar ko untuk tidak takot hilang sesuatu untuk dapatkan sesuatu.
KAlau harini kau terpaksa menanam atau ko membanting padi untuk dapatkan sesuap nasi, tapi yang kaya towkey kilang padi..padahal ko yang membanting padi bagai nak gila. kau korbankan kesenangan dirumah untuk cari sesuap nasi mugkin untuk diri kau saja,xpon untuk anak-anak ko, tapi ko x sedar yang ko dah suap beribu2 manusia lain yang makan padi kau banting tu..Nah,besarkan nikmat Yang Maha Kuasa berikan?
kau kecil dan hina, tapi ko dapat bagi kesenangan pada manusia lain atas izinNya. Kau la manusia yang ‘senang’ berbanding ‘manusia senang’ yang bersenang-senang atas kesusahan manusia lain. Dahla ‘manusia senang’ ada yang b0ngkak,takbur,berlagak,lupe diri,tapi x sedar dari mana dia dapat nikmat senang tu….semua nk senang..
Jangan segan silu, malas, kedekot, haprak, bongkak nk buat amal korban..amal korban senang diamalkan berbanding bila ko jadi ‘senang’ n lupa orang yang berkorban untuk kesenangan ko..
x susahkan?korban jela ape yang ko nak korban kalau bukan untuk kesenangan dunia,sekurang2nya ko senang di alam kekal..alam kekal yang ko akan kekal senang..
k0rban.

