Gamelan bErtepUk tangaN
Archive/RSS
sulam
As Salam,
Manusia sentiasa mengiginkan keinginan diluar kemahuan..Mahu tapi xtahu. tahu tapi tak mahu, sentiasa buat-buat ambil tahu, atau tahu tapi sengaja mancuit bahu.
Sulam kata terpa bahasa menyapa salam. Semua insan berkhilafkan insan. Meraba gelap mencari surah. Surah-surah dibaca tanda tahu. Tapi lupa pada yang dicuit bahu.
Serkap insan inginkan jua kedamaian, kedamaian yang tidak difahami. Tidak difahami insan yg hakiki..berdiri di sisi mencuit bahu si mati..si hidup merasa ingin mati, menahan sakit azali. Sulaman mu indah di sisi tapi perit dihati..patik hamba menaangisi di setiap lurah2 sulam berbenang emas bertali kapas berulit sendiri..makin diulit sulam menyakit hati.
Tinta sulam jangan dijerut..padahnya patik merasa..sulam mu biar indah, seindah bahasa. kerana yang indah itu bahasa, yang sakit itu jiwa.
sulam..
